Luar salon rambut tapi dalam tawar khidmat seks

Oleh MHDAILY

Luar salon rambut tapi dalam tawar khidmat seks.Tiga wanita warga asing yang berselindung di sebalik premis salon rambut dengan menawarkan perkhidmatan seks di Jalan Nibong Tebal di sini diserbu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang pada petang Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, serbuan yang dilakukan jam 4.30 petang itu hasil risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan kumpulan wanita itu dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tetap.

Menurutnya, kegiatan persundalan itu beroperasi di premis yang telah diubah suai itu dibuka melalui pintu belakang bagi mengelakkan aktiviti mereka dihidu oleh pihak berkuasa.

Baca Artikel Penuh