Lokman Adam kembali ke pangkuan Umno

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam yang dilucutkan keahlian daripada UMNO pada 20 Februari lalu diterima semula menyertai parti itu.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bagaimanapun berkata, penerimaan semula Lokman ke dalam UMNO dibuat secara bersyarat.

“Permohonannya sebagai ahli UMNO diterima balik tetapi dengan beberapa syarat,” katanya kepada pemberita di lobi Menara Dato’ Onn selepas mesyuarat MT UMNO, di sini, hari ini.

Lokman Adam kembali ke pangkuan Umno

Datuk Lokman Noor Adam.

Selepas tiga kali ditangguhkan, Mesyuarat MT UMNO berlangsung malam ini di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn, di sini.

Ini merupakan kali pertama mesyuarat MT UMNO berlangsung selepas Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-9 pada 21 Ogos lepas.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mendedahkan mesyuarat pada malam ini tidak membincangkan soal pemilihan parti itu.

“MT UMNO memberi sokongan yang padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kita bersiap sedia untuk pilihan raya bila-bila masa berlaku dan soal pemilihan tidak timbul,” katanya.

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/09/30/lokman-adam-diterima-semula-sertai-umno-tajuddin/

BACA JUGA : Panas !!! Kes Adib : Umno zahir rasa dukacita dengan Menteri

COMMENTS

Wordpress (0)