Lockdown : Kerajaan masih diam membisu, KKM cadang ‘lockdown’ kendiri

Lockdown : Kerajaan masih diam membisu, KKM cadang ‘lockdown’ kendiri

Kementerian Kesihatan mencadangkan sekatan keluar masuk kendiri (self lockdown) bagi membendung penularan Covid-19.

Rakyat Malaysia antaranya dicadangkan hanya keluar membeli barangan keperluan harian seminggu sekali, sentiasa mengisi penuh minyak kenderaan dan mengoptimumkan pembelian atas talian.

Mereka juga digalakkan bersembahyang secara berjemaah bersama anggota keluarga sendiri saja selain tidak menerima sebarang tetamu ke rumah.

Perkara itu diusulkan melalui Twitter KKM, yang dibuat ketika berlangsung perbincangan hangat berkaitan cadangan pelaksanaan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Semalam, kes harian Malaysia mencatat buat kali pertama mencacat angka lebih 6,000 kes, sekali gus memecahkan rekod kes harian terbanyak.

Pada 17 Mei lalu, Menteri Kesihatan Adham Baba berkata PKP penuh mungkin perlu dilakukan di Selangor, susulan jumlah kes Covid-19 yang tinggi di negeri itu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata mereka tidak menolak PKP penuh sebaliknya hanya berpandangan ia harus dilaksanakan dengan “empati” terhadap rakyat.

Dia antaranya mencadangkan kerajaan pusat mempertimbangkan inisiatif seperti pemberian moratorium, pelaksanaan SOP lebih jelas serta saringan besar-besaran.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/575351