Lipas mati duduk dalam telinga gadis ni buat netizen nak muntah

Lipas mati duduk dalam telinga gadis ni buat netizen nak muntah

Lipas mati duduk dalam telinga gadis ni buat netizen nak muntah. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita dikejarkan ke hospital gara-gara telinganya dimasuki seekor lipas, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @ fakta.indo.

Seorang kakitangan sebuah hospital dirakam sedang merawat seorang pesakit.

Pesakit wanita itu mengadu mengalami sakit di telinga kanannya dan ingin menjalani pemeriksaan.

Setelah diperiksa, kakitangan hospital kemudian dilihat mengeluarkan seekor lipas mati dari telinga wanita itu menggunakan penyepit.

Kejadian itu membuatkan ramai netizen terkejut.

“Mengerikan, bagaimana anda boleh masuk ke sana (telinga),” kata seorang netizen.

“Refleks saya langsung terus memegang telinga,” kata netizen lain.

BACA JUGA :

“Maduku adalah adik aku sendiri, tak sangka suami buat kejutan macam ni”

Dua varian utama dari China dah masuk Malaysia – DG Hisyam

Perbadanan Aset Keretapi buka jawatan kosong, mohon sekarang

 

CATEGORIES