Lif tiba-tiba jatuh, lima mangsa terperangkap

Seramai lima individu berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam lif yang tiba-tiba terjatuh dari tingkat dua dalam kejadian di sebuah bangunan di Klang Lama pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 4.22 petang.

Komander Operasi, Armdan Mahat berkata, seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dikejarkan ke lokasi dan tiba lapan minit kemudian.

lif

Menurutnya, setibanya di lokasi mendapati berlaku kejadian lif terjatuh dan di dalamnya terdapat mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita.

“Kesemua mangsa berusia antara 28 hingga 61 tahun berjaya dikeluarkan pada jam 4.35 petang.

“Tiga mangsa wanita mengalami kecederaan di bahagian kaki dihantar ke pusat perubatan di Taman Desa manakala dua mangsa lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147107/BERITA/Semasa/Lif-jatuh-dari-tingkat-dua-lima-mangsa-terperangkap

COMMENTS

Wordpress (0)