Licik !!! Seludup dadah disebalik Al Quran dan sejadah

Dek kerana tidak mahu dikesan oleh polis, satu sindiket dadah antarabangsa mengambil tindakan yang licik dengan tergamaknya menggunakan peralatan keagamaan seperti Al-Quran dan sejadah untuk seludup ketamin secara kurier ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata, peralatan keagamaan digunakan adalah ikut kepada majoriti penganut agama di negara tersebut dimana dadah itu akan dibungkus sekali dengan barangan tersebut untuk elak dikesan.

“Contohnya ketamin yang ingin diseludup ke Indonesia, sindiket itu akan membungkuskannya bersama peralatan sejadah dan al-Quran,”

Menurutnya, taktik sindiket ini ‘kantoi’ selepas pihak berkuasa Korea Selatan merampas kurier barang keagamaan Buddha dimana ia mengandungi ketamin dari Malaysia yang terselindung.

Susulan itu polis kemudian menjalankan satu operasi pada jam 3 pagi kelmarin dan menahan 13 individu termasuk seorang bukan warga tempatan.

Sebuah kondominium di Cheras turut diserbu dimana ia menjadi makmal mini untuk memproses dadah jenis ketamin tersebut.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 63 kilogram dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai lebih RM3 juta.

“Sindiket dadah didalangi warga tempatan itu menjadikan sebuah kondominium di Cheras sebagai makmal mini dadah ketamin yang proses pengedarannya dilakukan secara kurier.

“Maklumat daripada pihak berkuasa Korea Selatan dan risikan dilakukan polis selama dua minggu berjaya menahan semua suspek yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah itu.

“Di Korea Selatan, mereka menggunakan peralatan keagamaan Buddha apabila dadah itu diletakkan di bahagian tepi bagi mengelak disedari pihak berkuasa,”

Berita penuh : https://lobakmerah.com/apa-nak-jadi-sanggup-gunakan-al-quran-dan-sejadah-untuk-seludup-dadah-ke-luar-negara/

COMMENTS

Wordpress (0)