Letupan gas : Doktor pakar di Pulau Pinang meninggal dunia

Oleh MHDAILY

Seorang doktor pakar yang melecur 95% di seluruh badan selepas silinder gas di kediamannya meletup kira-kira tiga minggu lalu meninggal dunia.

Pakar perunding gastroenterologi dan hepatologi di Hospital Island, Dr Seow Eng Lok, 53, meninggal dunia pada Jumaat lalu, kata jurucakap hospital.

Menurut isterinya, dalam kejadian 20 Julai lalu di kediamannya di Solok Jesselton, Seow yang terbau gas pergi memeriksa sama ada kepala gas di dapur ditutup rapat sebelum letupan berlaku.

Baca Artikel Penuh