Leona buat hal lagi, kali ini pakai bikini tayang punggung pula

Leona buat hal lagi kali ini pakai bikini tayang punggung pula

Leona buat hal lagi, kali ini pakai bikini tayang punggung pula. Nama anak pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sering menimbulkan kontroversi dengan cara pemakaiannya yang seksi.

Meskipun telah ditegur oleh bapanya, namun personaliti media sosial itu dilihat semakin menjadi-jadi mempamerkan ‘aset’ di media sosial tanpa mengambil peduli kritikan ramai.

Leona cuti di pulau sambil tayang punggung?

Terbaharu, video yang dimuat naik oleh Leona di platform TikTok miliknya sekali lagi mengundang kecaman ramai kerana dilihat keterlaluan dalam berpakaian semasa bercuti di sebuah pusat peranginan di Terengganu.

Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Leona sedang turun dari sebuah video dengan memakai bikini serba hitam sehingga menampakkan bahagian punggungnya di mana ia tidak sepatutnya ditunjuk kepada khalayak ramai.

Leona buat hal lagi, kali ini pakai bikini tayang punggung pula

Seriuslah pakai macam tu kat Terengganu?

Meninjau di ruangan komen, ramai meluahkan rasa terkilan melihat pemakaian yang dipakai oleh Leona sewaktu sedang melakukan aktiviti di

@leonathe2ndsaking la

♬ original sound – le yoooooooo na

Imej yang dipaparkan di dalam video terbabit sememangnya tidak mengambarkan seperti imej umat Islam yang sepatutnya dan disebabkan itu netizen berasa ‘panas’ apabila melihat video tersebut.

Spender pulak, sedap mata memandang

Walaupun ramai sudah cukup masak dengan cara pemakaian anak perempuan Azhar Sulaiman, namun mereka tetap meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka dia sanggup berpakaian sampai ke tahap sedemikian.

Minah Salleh bercuti di Malaysia

Jangan risau, dekat Langkawi pun ada juga pakai stail minah salleh tapi bila dengar suara….

Pekat sungguh carutan Melayu dia tu…

Semoga Allah bukakan hati dia…

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang mendoakan agar pintu hati Leona dibuka untuk kembali ke jalan Allah S.W.T pada suatu hari nanti.

BACA:

Abang Viva terima pingat dari TYT Melaka

Lelaki nekad tanam Tesla Key dalam tangan, elak kunci hilang

Selamba je penyanyi lelaki ni cium BCL diam-diam, ‘terkejut dia weh’

CATEGORIES