Lembu sado Neelofa perlu 20 bomba terlatih untuk ditumbangkan

Lembu sado Neelofa perlu 20 bomba terlatih untuk ditumbangkan. Lebih 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan ‘bermandi’ peluh merebahkan lembu sado seberat 1,000 kilogram (kg) milik selebriti, Neelofa untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini pada Rabu.

Pada majlis tersebut Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz turut menyumbangkan seekor lagi lembu sado seberat 800kg dari baka yang sama iaitu Charolais untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Selain itu, sebanyak lima ekor lembu baka tempatan turut disumbangkan oleh selebriti berkenaan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa.

Neelofa berkata, pihaknya menyasarkan 850 orang akan menerima sumbangan daging korban tersebut.

“Daripada jumlah itu, kita akan agihkan kepada 150 anggota JBPM Kelantan dari seluruh negeri,” katanya pada Majlis Korban Perdana JBPM Kelantan dengan kerjasama Pertubuhan Kasih Neelofa.

Hadir sama, Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin.

Baca Artikel Penuh