Lembah Klang sudah capai imuniti kelompok

Oleh MHDAILY

Lembah Klang sudah capai imuniti kelompok. Lembah Klang, Labuan dan Sarawak masing-masing merekodkan lebih 80 peratus populasi dewasa lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter, memaklumkan Labuan mencatatkan 63,750 orang atau 93.1 peratus daripada populasi dewasa lengkap dua dos vaksin.

Sementara itu seramai 69,613 penduduk dewasa Labuan termasuk penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin

Baca Artikel Penuh