Lelaki sorok 1kg emas dalam dubur

lelaki

Lelaki sorok 1kg emas dalam dubur. Seorang penyeludup menyimpan hampir satu kilogram emas di dalam duburnya ketika ditahan Isnin lalu.

Portal Today Online melaporkan lelaki itu ditahan selepas pegawai keselamatan mengesan kehadiran logam di dalam badannya di Lapangan Terbang Imphal, Manipur, negeri di timur laut India.

Lelaki itu dalam perjalanan menuju New Delhi tidak memberi jawapan memuaskan ketika disoal siasat

Pegawai membawanya ke bilik pemeriksaan perubatan di mana ujian sinar-x menunjukkan empat kapsul berisi emas seberat lebih dari 900 gram.

lelaki

Emas itu dianggarkan bernilai 4.2 juta Rupee (RM236,718).

Permintaan untuk emas di India meningkat kebelakangan ini ketika majlis perkahwinan semakin banyak dan persiapan perayaan utama untuk penganut Hindu.

India negara pengguna emas kedua terbesar di dunia dan pakar berkata, penyeludupan meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk dengan menukarnya menjadi bentuk tampalan.

Manipur bersempadan dengan Bangladesh dan pakar berkata, kawasan itu muncul sebagai jalan utama penyeludupan emas ke India.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/10/761169/sorok-emas-dalam-dubur

BACA: Ceramah, perhimpunan tak dibenarkan sepanjang kempen PRU kelak – Menteri

COMMENTS

Wordpress (0)