Lelaki rugi RM323,506 akibat panggang daging babi pada ekzos Lamborghini

Oleh MHDAILY

Seorang pemuda di China yang juga pemilik Lamborghini menjadi terkenal sekelip mata selepas melakukan cubaan ekstrem iaitu memanggang daging babi pada ekzos kenderaan mewahnya itu.

Oddity Central melaporkan akibatnya pemuda itu menanggung kerugian kira-kira 500,000 yuan (kira-kira RM323,506) selepas keretanya itu mengalami kerosakan berpunca daripada kebocoran dan letupan tangki air.

Pemuda terbabit dan beberapa rakannya dikatakan berkumpul serta melakukan cubaan itu di sebuah sebuah garaj bawah tanah di Changsha, dekat wilayah Hunan.

Baca Artikel Penuh