Lelaki rogol anak tiri umur 8 tahun secara ganas, doktor terpaksa keluarkan rahim

Lelaki rogol anak tiri umur 8 tahun secara ganas doktor terpaksa keluarkan rahim

Lelaki rogol anak tiri umur 8 tahun secara ganas, doktor terpaksa keluarkan rahim. Seorang lelaki di Kazakhstan dijatuhi hukuman kembiri selepas memperkosa anak tirinya yang berusia lapan tahun, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal sehingga doktor terpaksa mengeluarkan rahimnya, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Perogol yang sudah empat kali berkahwin itu mendera mangsa selama tiga tahun bermula dari usia lima tahun, demikian menurut perbicaraan sebuah mahkamah di Kazakhstan.

Dia mengugut mangsa untuk membunuhnya jika memberitahu perkara itu kepada ibunya.

Hakim menjatuhi hukuman penjara yang dikawal ketat selama 25 tahun ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani ‘pengembirian kimia secara paksa’.

“Anak perempuan saya memberitahu bahawa dia berasa pening kerana terjatuh dari blok bangunan. Saya tidak faham lalu mengangkatnya dan mendapati dia dalam keadaan berdarah.

Lelaki rogol anak tiri umur 8 tahun secara ganas, doktor terpaksa keluarkan rahim

“Sejurus selepas itu, dia (tertuduh) mendekati saya dan meminta maaf. Saya pengsan kerana terkejut.

“Apabila sedar, terdapat beberapa pisau di hadapan saya dan dia (tertuduh) meminta saya membunuhnya kerana perbuatannya,” kata ibu kepada mangsa.

Lelaki rogol anak tiri umur 8 tahun secara ganas, doktor terpaksa keluarkan rahim

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan keadaan nyawanya berada dalam bahaya selama sebulan dan rahimnya dikeluarkan menerusi pembedahan kerana kerosakan dalaman yang kronik.

Mangsa turut disifatkan mengalami trauma teruk dan diberi sokongan psikologi. – Agensi

BACA:

Laporan dedah 6 daripada 10 wanita hidap ‘mati putik’

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ‘kurang ajar’ dengan pegawai imegresen dikecam

‘Geli nak panggil dia sahabat’, Ajak dedah perangai sebenar Shahrol

CATEGORIES