Lelaki redha netizen jadikannya bahan lawak lepas minta edit gambar ada di stadium

Lelaki redha netizen jadikannya bahan lawak lepas minta edit gambar ada di stadium

Lelaki redha netizen jadikannya bahan lawak lepas minta edit gambar ada di stadium. Ramai yang tahu, rakyat Malaysia mempunyai bakat yang terpendam dalam berkarya dan ia sering diserlahkan dalam kumpulan Facebook terkenal yang dinamakan sebagai Edit Apa Hari Ini?.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang menggunakan nama Edy Jamil di laman Facebook berhasrat untuk berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, menunjukkan dia sedang menghadiri perlawanan bola sepak.

Dia menyatakan keinginannya di kumpulan Facebook itu dengan menyertakan gambar memakai baju jersi pasukan Malaysia, sambil memegang perut yang agak ‘besar’ dan melihat ke arah cermin.

Gambarnya nampak ringkas, tapi siapa sangka hantaran tersebut mendapat 20,000 tanda suka, 3,100 komen dan kira-kira 980 perkongsian dibuat oleh orang ramai setakat artikel ini ditulis.

Lelaki redha netizen jadikannya bahan lawak lepas minta edit gambar ada di stadium

Seperti jangkaannya, ramai yang memaparkan kreativiti mereka dengan menggunakan gambar yang diberi dan sudah pasti, hasrat untuk Edy Jamil ke stadium kemungkinan ‘tidak kesampaian ‘walaupun secara suntingan gambar.

Koleski gambar disunting warganet

Warga maya bertindak mengikut ‘arahan’, dan mula menyunting gambar mengikut idea masing-masing dan ada segelintir di antara mereka meninggalkan komentar yang berkait dengan gambar itu hingga mencuit hati pembaca.

Susulan gambar itu persis seperti orang mengandung, pengguna Facebook Azri Yom memberikan sedikit maklumat mengenai asal usul Pulau Bunting yang terletak di Kedah.

Pemberi komen Mohd Zath pula bertindak menyunting gambar Edy Jamil seakan-akan dia melakukan pemeriksaan kesihatan ibu hamil bersama doktor.

Ada juga yang sempat menyelit meletakkan buku pink atau Rekod Kesihatan Ibu yang merekodkan sepanjang tempoh kehamilan di tangan Edy Jamil, menunjukkan dia sedang bersiap untuk ke hospital.

Gamabr tersebut disunting oleh Jepp Jepp dengan kapsyen gambar, ‘Nasib baik teringat buku ini sebelum pergi stadium. Fuh,’

Selain itu, Raimi Zakwan Mohd Saedi memaparkan kreativitinya dengan menyunting gambar lelaki itu sedang baring sambil melihat bayi di tempat pengimbas.

‘Scan dulu la kot songsang ke apa ke susah nanti,’ tulis kapsyen gambar itu.

Warganet tunaikan hasrat

Tetapi rakyat Malaysia tidaklah semuanya kejam belaka, segelintir mereka menunaikan hasrat Edy Jamil untuk berada di stadium dengan sedikit plot twist.

Seperti yang dibuat oleh Slan Atik, Edy Jamil terlihat seperti melawat kawasan stadium dengan keadaannya berdiri melihat padang bola.

Azhan Khairi Ahmad menyunting gambar itu dengan meletakkan dia satu padang bersama Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan timbalannya Adam Adli sewaktu mereka melawat stadium berkenaan baru-baru ini.

Begitulah kreativiti yang ditonjolkan rakyat Malaysia, ada yang mengikut kemahuan kita, ada juga yang menyunting untuk membuat pembaca terhibur. Namun, apa yang ditunjukkan hanyalah lawak semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati.

BACA:

Padah pelakon terkenal bawa Myvi secara berbahaya sampai kekasih tercampak

Bajet pertama kerajaan perpaduan bakal dibentang 24 Februari ini

Semangat brother ni pakai baju pengantin, rupanya tersalah tarikh nikah

CATEGORIES