Lelaki ni jelajah 91 negara hanya mahu cari tandas awam paling teruk di dunia

Oleh MHDAILY

Lelaki ni jelajah 91 negara hanya mahu cari tandas awam paling teruk di dunia. Seorang lelaki dari Brighton, England sanggup mengembara ke 91 buah negara sejauh 120,700 kilometer (km) dalam usaha mencari tandas awam paling teruk di dunia, lapor akhbar New York Post semalam.

Penulis blog pengembaraan, Graham Askey, 58, yang digelar ‘raja porselin’ oleh rakan-rakannya menemui tandas awam paling teruk itu di Tajikistan.

Askey menemui sebuah bangsal kayu setinggi 1.5 meter yang usang dan kelihatan mengerikan. Tandas dikelilingi najis kering akibat panas matahari itu terletak di wilayah Ayni.

Baca Artikel Penuh