Lelaki nekad pecahkan mesin ATM di KL selepas ‘stress’ dengan hutang Ahlong

Oleh MHDAILY

Lelaki nekad pecahkan mesin ATM di KL selepas ‘stress’ dengan hutang Ahlong. Buntu ingin menyelesaikan hutang ah long, seorang lelaki nekad membawa tong bahan api untuk menebuk lubang mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah premis di Wangsa Melawati pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, bagaimanapun, tindakan lelaki berusia 25 tahun itu gagal.

“Kita menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira pukul 12.55 tengah hari, Isnin lalu. Siasatan lanjut mendapati terdapat kesan terbakar pada mesin ATM tersebut dipercayai cubaan suspek untuk menebuk lubang bagi mengambil wang di dalamnmya.

Baca Artikel Penuh