Lelaki ini menang saman isteri, dah kenapa pula saman isteri sendiri? Rupanya ini yang jadi

Oleh MHDAILY

Lelaki ini menang saman isteri, dah kenapa pula saman isteri sendiri? Rupanya ini yang jadi.

Seorang lelaki di Taiwan menerima pampasan 534,350 dolar Taiwan (RM77,385) daripada isterinya dan rakan sekerja

wanita berkenaan selepas dia menemui gambar intim serta mesej perbualan mencurigakan oleh mereka, lapor laman berita Thaiger hari ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Lelaki ini menang saman isteri, dah kenapa pula saman isteri sendiri? Rupanya ini yang jadi

Menurut laman berita CTWANT, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu menyaman pasangan tersebut kerana mengakibatkan dia mengalami tekanan emosi. Si suami pada awalnya meminta ganti rugi 2.6 juta dolar Taiwan (RM376,532).

Berdasarkan dokumen mahkamah, pasangan suami isteri itu berkahwin pada November 2013 dan memiliki dua orang anak.

ADVERTISING

Bagaimanapun, lelaki itu kemudian mendapat tahu bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang juga rakan sekerjanya.

Beberapa gambar yang dikemukakan menunjukkan mereka bercuti bersama, berpegangan tangan dan berkucupan. Menurut lelaki berkenaan, semua tingkah laku mesra itu membuktikan isterinya telah melanggar hak perkahwinan mereka.

Dalam kenyataan pembelaan, si isteri mendakwa bahawa gambar-gambar itu dimuat turun daripada album dalam sistem penyimpanan ‘cloud’ tanpa pengetahuannya. Wanita itu juga menuduh suaminya mengakses komputer tabletnya tanpa kebenaran.

Wanita itu berkata, tindakan tersebut menunjukkan suaminya telah melanggar hak privasi, menyebabkan bahan bukti itu tidak boleh digunakan di mahkamah.

Ujarnya lagi, rakannya itu hanya sekadar teman rapat di tempat kerja. Semua tingkah laku mereka termasuk berpegangan tangan dan berkucup dilakukan dalam batas normal selain menegaskan bahawa mereka tiada hubungan seksual.

Selepas meneliti bukti-bukti yang dikemukakan, hakim memutuskan bahawa semua tindakan itu melampaui batasan persahabatan normal.

Perbualan intim mereka seperti ‘suamiku, saya cintakan kamu,’ juga dilihat melebihi persahabatan sesama jantina.

Hakim menolak hujah si isteri dan memerintahkan agar kedua-dua defendan membayar pampasan 534,350 dolar Taiwan (RM77,385) kepada plaintif

BACA:

Tular video troll kutip derma bantu Sanusi bayar saman RM120,000, penyokong Pas ‘koyak’.

Penduduk di Pandan Indah terkejut seekor kambing lahirkan anak kambing mata satu