Lelaki ini kongsi pengalaman Arab Saudi buat hingga kes Covid-19 terkawal

Lelaki ini kongsi pengalaman Arab Saudi buat hingga kes Covid-19 terkawal

Lelaki ini kongsi pengalaman Arab Saudi buat hingga kes Covid-19 terkawal.  Kat sini penduduk around 32j, kes bwh 1,000 sehari, kami hidup dgn covid. No PKP, no lockdown bagai, semua beroperasi mcm biasa. Masjid penuh, mall penuh Dll. Sek msh tutup. Rakyat Saudi dah blh melancong, flight ke Maldives 80% full 3 kali seminggu vacation, termasuk ke negara2 lain, eropah bagai.

Saya ada menulis di Malaysiakini, Harian Metro malah sampaikan juga kepada pihak2 berkaitan, tapi so far apa pun tak berlaku.

Di Arab Saudi semua quarantine dirumah kecuali yang berada of tahap 3 ke atas. Yg balik dari luar negara juga home quarantine kecuali dlm kes tertentu seperti negara ‘Red List’ & not vaccinated.

Setiap kesalahan kena denda tanpa budi bicara. Start SR1,000 naik 5,000 & 10,000 dlm tempoh yg pendek.Tiada exception wpun royalty family.

Apps Tawakkalna (mcm MySejahtera) super efficient siap dgn gps tracking system & integrated termasuk dgn immigration, MOT (ala Apa JPJ) bagai
.
Vaksin besar2an secara drive through dlm masa kurang 2 minute selesai. Dan banyak tpt serta dipermudahkan termasuk di shopping mall.

Arab Saudi

Open mass Swab test centre merata2 free off charge- drive through less than 1 minute juga. Yg bergejala minor terus lepak dirumah. Serious baru ke hospital.

Kebanyakkan urusan pej/bank/kaunter semua didigitalizekan dlm masa segera. Mulai 01 August, siapa tak ada vaksin tak blh masuk bank, berurusan di pej kerajaan, even masuk shopping mall pun x blh. Pushing factor.

Tiada immigrants/expatriates yg terlepas dari vaksin kerana semua ada rekod dan tak blh tipu punya. PATI blh dikatakan hampir tak ada dlm negara ni.

System betul dari awal. Hinggakan HANDPHONE hilang pun blh jumpa di negara ni.

Saya bukan nak condemn tanahair sendiri, tetapi sharing pengalaman sbb caring to my beloved homeland & fellow Malaysian. Sy bkn menyebelahi mana2 pihak/parti tp kalau salah tetap salah kalau betul Sy akui betul. Mengapa susah sgt nak buat perubahan? Mengapa susah sgt nak mengaku kesilapan? Memang di Saudi ni pun ada kekurangan, tetapi byk kebaikan yg blh di ambil. Malah jgn terkejut, system yg efficient di sini juga sebenarnya di bangunkan oleh Rakyat MALAYSIA.

Di sat byk negara sudah pulih, kita makin teruk, maknanya ada yg tak kena. Lockdown bagai, kes makin naik maknanya mmg ada yg tak betul.

Maaf cakap, kebanyakkan pemimpin kita hanya melihat dlm ruang lingkup sendiri tanpa melihat kejayaan negara lain terutamanya Singapore, Taiwan, China Dll. Rakyat tidak didedahkan bagaimana keadaan sebenar dinegara lain, bagaimana pengurusan & kejayaan mereka dlm menguruskan bencana COVID. Maka sampai sudah masanya rakyat pula yg menguruskan negara ini. Jangan pekakkan telinga, duduk umpama katak bawah tempurung, dengar pandangan rakyat marhaein & Malaysian expatriates yg duduk di negara2 luar yg terbukti berjaya dalam menguruskan covid serta masanya utk gunakan kehebatan Rakyat Malaysia (experts).

Kasihanilah rakyat & frontliners.

Bertindaklah segera sebelum kita lumpuh & tersungkur menyembah bumi.
Ikhlas,

Yang sayangkan tanahair tercinta.
Mohd Mizan,
Riyadh, KSA.

Sumber:

Jika Terlepas: Admin media sosial kerajaan diingatkan jangan tutup ruang komen – Menteri