Lelaki ini dedah petrol RON97 lebih jauh perjalanan boleh pergi, siap bagi tips kaedah guna

Lelaki ini dedah petrol RON97 lebih jauh perjalanan boleh pergi, siap bagi tips kaedah guna.Harga minyak kereta yang naik turun boleh membuatkan kita rasa tak senang hati. Kadang-kadang terfikir minyak (RON) mana yang lebih jimat harga. Maklumlah, inilah kenderaan yang kita ke sana ke sini dan sudah tentu minyak pun kena diisi.

Di Malaysia, ada kenderaan yang lebih selesa menggunakan RON97, katanya lebih power. Tapi untuk RON95, ia lebih jimat harga dan murah. Tapi bagaimana dengan jarak perjalanan. Yang mana lebih jimat?

Tak kisahlah guna minyak jenis RON97 atau RON95, yang penting ia memberi lebih jimat harga dan jarak perjalanannya pun berbaloi.

Lebih Jimat Harga, RON Mana?
Betulkah guna RON97 lebih ‘jimat’ daripada RON95?

Saya tak ada jawapan khusus untuk persoalan ini. Saya sendiri guna diesel & kereta petrol saya guna RON98. Tetapi…

Tetapi, saya nak ajar rakan-rakan macam mana nak betul-betul pastikan ia jimat.

Lelaki ini dedah petrol RON97 lebih jauh perjalanan boleh pergi, siap bagi tips kaedah guna

Katakan lah, kereta kita Perodua Myvi 1.3 dengan saiz tangki 40 liter. Tangki simpanannya (reserve tank) 10% & tinggal 1 bar (sukatan) minyak 10%. Baki ruangan untuk diisi penuh adalah 32L.

Bila isi minyak petrol RON95, kita dapat jalan dengan jarak 400km.

Bila isi minyak petrol RON97 pula, kita dapat jalan dengan jarak 450km.

Secara mudah, kita akan fikirkan yang, “Wah!! RON97 boleh pergi lebih 50km la! Jimat ni”. Kan??!?

Tetapi jimat ni ada beberapa perspektif, antaranya:
• Jimat pengguna bahan api, &
• Jimat harga (duit).

Jom kita kira semula untuk tengok betul ke guna RON97 ni lebih jimat duit.

Apa yang anda perlu buat adalah ambil nilai harga bayaran untuk tangki penuh tu dan bahagikan dengan jarak perjalanan.

Contohnya:
a) RON95 RM2.05. Isi 32L jadi bayar RM65.50 dapat jalan 400km.
• RM65.50 / 400km = RM 0.16/km
b) RON97 RM3.91 Isi 32L jadi bayar RM125.12 dapat jalan 450km.
• RM125.12 / 450km = RM 0.28/km
Nah… Jika ini yang berlaku, maka RON97 tu jimat pada sudut penggunaan minyak (unit mpg, l/km, 100km/l). Tapi TAK jimat pada sudut harga bayaran (duit).

Cuba rakan-rakan buat eksperimen ini sendiri untuk menjawab, “Adakah kereta anda jimat pada sudut jarak perjalanan & juga harga bila gunakan RON yang lebih tinggi?”

Kenapa boleh jimat pengguna minyak (jika ini berlaku)?

Jimat pada pengguna minyak bahan api ni bukan sebab nilai RONnya yang tinggi, tapi minyak premium mempunyai bahan tambahan atau aditif (additives) yang lebih baik.

TONTON:

BACA:

Aidilfitri: Kerajaan umum tol percuma jika kenderaan sesak lebih 1KM

Kucing makan sambil keluar air mata raih perhatian netizen, kesiannya lah..

Syafiq Farhain rupanya dah bernikah dalam diam, bukan calang-calang isterinya..

CATEGORIES