Lelaki dedah rahsia cara pergi Krabi naik kereta dari Malaysia

Lelaki dedah rahsia cara pergi Krabi naik kereta dari Malaysia

Lelaki dedah rahsia cara pergi Krabi naik kereta dari Malaysia. Naik kereta sendiri dari Changlun ke Krabi.

Disebabkan ada yang bertanya, jadi saya akan kongsikan bagaimana cara masuk Thailand dengan kereta sendiri.

**tulisan ini hanya tertakluk kepada owner kereta sahaja.

1- bawa geran kereta

2- wajib ambil insurans Thailand. Sebelum masuk border, ada banyak kedai sepanjang jalan di Changlun yang menjual insurans kenderaan Thailand. Anda boleh pilih mana-mana kedai. Insyaallah orang kita tak tipu. Mereka baik dan akan bantu kamu.

Lelaki dedah rahsia cara pergi Krabi naik kereta dari Malaysia

3- masuk kedai, terus sahaja beritahu mereka yang kamu mahu masuk Thailand dengan kereta sendiri. Mereka akan bantu kamu isi semua borang dari A sampai Z

4- antara borang yang wajib kamu isi:-

a) insurans wajib kenderaan 1 bulan thailand – Rm35
b) insurans tambahan kemalangan minimum 9 hari – Rm190
c) borang TM6 (white card)
d) borang kastam
e) beli sim card Thailand unlimited data -Rm23

*TOTAL RM248

5- terus bawa kereta ke border. Dari Changlun ke border lebih kurang 30 minit perjalanan.

6- cop passport anda di Imigresen Malaysia tanpa turun kereta

7- bawa kereta anda terus ke border Thailand

8- turunkan semua penumpang kamu (jika ada) di kaunter cop passport di imigresen Thailand. Selepas cop kemasukan itu, suruh mereka tunggu di pintu pagar di balai ketibaan.

9- pandu kereta kamu seorang diri terus ke kaunter pengesahan kenderaan beserta pasport kamu dan semua borang yang telah di isi di kedai insurans tadi

10- serahkan kepada imigresen passport kamu dan borang kemasukan kenderaan. (Kamu akan ada 2 borang. 1 borang kemasukan kenderaan dan 1 borang keluar kenderaan). Borang keluar kenderaan kamu simpan dahulu. Ianya akan diserahkan ketika kamu keluar dari border imigresen Thailand kemudian nanti.

11- bawa kereta kamu terus ke balai ketibaan tempat penumpang kamu menunggu

12- bawa borang kastam yang telah di isi di kedai tadi, terus ke kaunter kastam.
(INGAT. YANG INI HANYA OWNER KERETA SAHAJA)

13- selesai urusan dengan kastam, periksa semula borang yang masih ada pada kamu. Pastikan pada kamu ada,

a) borang pengesahan kastam
b) borang keluar kenderaan
c) slip insurans
d) white card
e) passport

14- terus bawa kereta kamu ke Dannok. Jangan check in Dannok 😏

15- berhenti tepi jalan sebentar dan tukar sim card HP kamu

16- jika belum tukar duit Baht lagi, di Dannok ada banyak money changer yang beli duit Malaysia lebih tinggi.

17- On Waze, Maps atau sebagainya untuk rancang perjalanan kamu ke Krabi. Perjalanan mengambil masa 5 jam lebih.

SELESAI.

Selamat datang ke Thailand dengan kereta anda sendiri.

BACA:

Mas Idayu akui boleh mengandung, tapi..

Tak sangka 3 ‘trend’ anak muda selalu lakukan ini boleh selamatkan bumi

Rupanya Arash Mohamad ada isteri cantik yang ramai tak tahu

CATEGORIES