Lelaki dedah bagaimana akhirnya dia berjaya minta AKSB selesai masalah air, rakyat Kelantan perlu tahu..

Lelaki dedah bagaimana akhirnya dia berjaya minta AKSB selesai masalah air, rakyat Kelantan perlu tahu..Tahun ni aku pernah deal dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Rumah parents tiba-tiba takde air. Jiran lain semua ada. Setiap hari abah aku pergi office untuk minta orang datang check. Setiap kali, jawapan sama, “Aduan dalam proses”.

Lepas seminggu, aku pun hilang sabar.

Aku research pasal akta berkaitan dengan bekalan air negeri macam Enakmen Bekalan Air Kelantan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air. Aku cari relevan seksyen berkenaan tugas statutori AKSB dalam aduan gangguan air.

Dah ada peluru, aku pun proceed ke next step, aduan bertulis.

Bila deal dengan institusi macam ni, aduan bertulis penting, baru ada rekod. Dalam emel aku ke AKSB, aku ceritakan secara terperinci kronologi apa yang berlaku dari mula takde air, sampai ke hari-hari yang ayah aku pergi ke office untuk buat aduan.

Perkara macam ni penting untuk kita jadikan bertulis. Sebab abah aku takkan ada bukti yang dia pergi ke office AKSB melainkan lisan je. So, bila kita masukkan fakta tu dalam aduan, secara tak langsung kita dah jadikan sebagai bukti bertulis.

Lelaki

Last sekali kat bawah tu, aku tuntut supaya pihak AKSB datang buat pemeriksaan dalam masa 24 jam, kalau tak aku akan ambil tindakan undang-undang.
Emel aku send dalam pukul 4 petang macam tu.

Lepas tu aku call pulak. Ada orang jawab.

Masa bercakap dengan pegawai tu, aku bagitahu yang abah aku dah banyak kali pergi office untuk buat aduan.

Dia jawab, takde dalam rekod apa-apa aduan dibuat.

See? Sebab tu penting aduan bertulis. Kalau tak macam tu je dia nafikan.

Aku pun bagitahu yang aku dah emelkan aduan dan minta pihak AKSB ambil tindakan segera. Aku sebutkan yang kegagalan pihak AKSB ambil tindakan segera dah langgar statutory duties dalam akta tu. Aku tak ingat dah seksyen berapa. Aku mintak pemeriksaan dibuat dalam masa 24 jam.

Dia maklumkan tindakan diambil segera.

Emel dan call aku buat masa tu dalam pukul 4 ptg.

Malam hari yang sama dalam pukul 9, AKSB reply emel mintak nombor akaun bil air yang betul. Aku reply terus emel tu.

Esok pagi abah aku bagitahu, pihak AKSB dah datang buat pemeriksaan dan baiki terus kerosakan yang berlaku. Air ada macam biasa.

Tak sampai 24 jam boleh setel.

So aku pun tak tahu apa masalah sebenarnya dengan Air Kelantan ni.

Takkan semua rakyat Kelantan nak ambil tindakan macam tu baru nak gerak?

Bukan semua orang tahu prosedur, aduan bertulis semua tu, lagi-lagi pakcik makcik kat kampung.

Diorang ingat pergi office, dah setel. Sekali aduan tak direkodkan pun.

Ni baru cerita pasal pengurusan aduan gangguan air, tak masuk bab kualiti air lagi tu. Hancuss.

Sumber:

BACA: Pas mengalah, tak letak calon di kerusi Umno, Bersatu nak tanding