Seorang penangkap ular yang mendakwa dirinya kebal daripada bisa reptilia itu maut selepas dipatuk seekor tedung hitam baru-baru ini, lapor akbar The Sun, kelmarin.
Penjinak ular yang dikenali sebagai Pamma Ahirwar dipatuk tedung hitam itu di Kampung Jaitpur, utara India ketika cuba menyelamatkan haiwan yang ‘sesat’ ke dalam rumah salah seorang penduduk di situ.
Lelaki ini mendakwa dia kebal bisa ular selepas 20 tahun menjadi penangkap ular namun akhirnya maut dipatuk.
Dalam kejadian terbaharu, mangsa dirakam meletakkan tedung hitam di leher selepas berjaya menangkapnya dan berjalan mengelilingi kampung.
Kejadian malang bermula apabila ular itu secara tiba-tiba membelit lengan kanan lalu mematuk tapak tangannya.
Pamma dilihat terus duduk mencangkung di atas tanah dan cuba menghisap bisa itu, lalu meludahnya keluar.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk menjalani rawatan lanjut, namun gagal diselamatkan kerana bisa itu sudah merebak ke seluruh badan dan merosakkan organ-organ pentingnya.
Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/15/lelaki-dakwa-kebal-bisa-ular-maut-dipatuk-tedung-hitam/