Lelaki bunuh isteri kemudian dakwa mati kerana Covid-19

Lelaki bunuh isteri kemudian dakwa mati kerana Covid-19. Bimbang perbuatannya membunuh isteri diketahui orang, seorang lelaki India menggunakan alasan wanita itu terkorban kerana dijangkiti Covid-19.

Dia juga tidak membenarkan jasad mangsa disentuh ahli keluarga, kononnya bimbang dijangkiti virus berkenaan, sedangkan Ramavath Vijay, 25, membunuh wanita itu dengan cara menekup mukanya dengan bantal.

Lapor portal The News Minute, Vijay didakwa melakukan perbuatan berkenaan sekitar jam 3 pagi, 18 Jun lalu selepas mereka bergaduh apabila dia menyangka isterinya, Kavitha, 21, mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

bunuh isteri

Menurut Polis Rachakonda, sejurus kematian Kavitha, Vijay yang bekerja sebagai pemandu memberitahu ibu bapanya bahawa wanita itu meninggal dunia kerana Covid-19.

Dia juga segera membawa mayat mangsa ke kampung halamannya di Nalgonda untuk pengebumian.

Ketika Vijay sedaya mungkin memastikan tiada sesiapa mendekati mayat Kavitha dan menyegerakan ritual untuk pengebumian, semua usahanya itu terhenti apabila ditahan polis.

Sebelum itu, polis memaklumkan kematian mangsa dicurigai selepas ibu bapanya tidak dijangkiti Covid-19 walaupun selepas menyentuh mayat anak mereka.

Ibu Kavitha, Dhanavath Bujji yang sangsi membuat laporan di balai polis Vanasthalipuram pada 24 Jun lalu yang membawa kepada siasatan dan bedah siasat ke atas mayat yang mengesahkan mangsa bukan meninggal dunia kerana Covid-19.

Polis menahan Vijay pada 3 Julai lalu dan akan mendakwanya di mahkamah kerana membunuh.

Berita Penuh :https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/07/726966/isteri-korban-covid-19-konon

Jika Anda Terlepas: Cemas !!! Ingatkan nak ‘bunuh diri’ rupanya hanya bersantai di tingkat 6