Leka buat ‘content’ tiktok, lelaki kena rempuh dengan train

Leka buat content tiktok lelaki kena rempuh dengan train

Leka buat ‘content’ tiktok, lelaki kena rempuh dengan train. Seorang remaja di India dirempuh kereta api ketika merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejadian berlaku ketika CH Akshay Raj, 17, sedang merakam video untuk Instagram Reels di sepanjang laluan kereta api berhampiran stesen Kazipet di negeri Telangana.

Menurut laporan tempatan, pelajar kejuruteraan itu tidak mengendahkan amaran pekerja kereta api yang sedang menjalankan pembaikan pada masa tersebut.

Menerusi rakaman kejadian, remaja itu dilihat berjalan di sepanjang laluan kereta api ke arah kamera. Sebuah kereta api dilihat datang dari arah belakangnya.

Rakan Akshay yang merakam video itu cuba memberi amaran kepadanya.

Leka buat 'content' tiktok, lelaki kena rempuh dengan train

Bagaimanapun, keadaan sudah terlambat apabila kereta api itu melanggar bahu remaja berkenaan, lantas menyebabkan dia terhempas ke tanah sebelum rakannya bergegas membantunya.

Klip video itu berakhir dengan Akshay bangun untuk berdiri dengan keadaan darah keluar dari telinganya.

Polis kereta api membawa remaja tersebut ke hospital dan dia mengalami beberapa kecederaan pada muka dan patah kaki akibat kemalangan itu.

BACA:

Food Rider selamba tendang cermin sisi Porsche sampai patah, “dia dah bagi signal kan”

Najib mohon hukuman ditangguh, minta semak keputusan mahkamah persekutuan

Ini dia abang bomba yang buat gadis hari merdeka terjerit-jerit

CATEGORIES