‘Lega dengar wang bantuan dilarikan akan digantikan bulan depan’ – Ibu bapa

Oleh MHDAILY

‘Lega dengar wang bantuan dilarikan akan digantikan bulan depan’ – Ibu bapa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan wang peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang dilarikan penjenayah dalam satu kejadian di pekan Semenyih, Isnin lalu, akan diganti dan diagihkan kepada murid sebelum sesi persekolahan bermula Mac depan.

Memetik Sinar Harian, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang mengakui ralat dengan kes kehilangan wang itu berkata, KPM sedang menunggu kelulusan dan jawapan daripada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai gantian tersebut.

“Duit yang hilang itu akan diganti. Jangan risau, itu hak anak-anak. Kita ralat dan kesal dengan kejadian ini berlaku tetapi pastinya keutamaan adalah hak anak-anak ini yang kita mesti serahkan kembali hak mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga kementerian di sini hari ini.

Baca Artikel Penuh