Lebih sebulan ‘total lockdown’, kes semakin memburuk

Oleh MHDAILY

Lebih sebulan ‘total lockdown’, kes semakin memburuk. Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 pada jangkaan mengikut kes harian semalam yang mencatatkan nilai Rt 1.09 menyaksikan pandemik hampir kembali ke tahap negara mencatatkan kes tertinggi iaitu 9,020 kes pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bersandarkan analisis Pembendungan Risiko, Pendedahan dan Jangkitan (SEIR), jumlah kes harian mampu mencecah ke angka itu susulan peningkatan nilai Rt ketika ini.

total lockdown

Semalam, Malaysia mencatatkan kes baharu sebanyak 8,868, jumlah harian kedua tertinggi sejak virus dikesan di negara ini tahun lalu.

Menerusi data dikongsi Dr Noor Hisham di laman sosial malam tadi, Putrajaya mencatatkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.28 berbanding purata kebangsaan 1.09.

Kebanyakan negeri mencatatkan Rt melebihi nilai 1.0 manakala empat negeri mencatat nilai bawah satu selain Perlis merekodkan satu kes.

Katanya, purata kebangsaan semalam menyaksikan peningkatan sebanyak 0.2 berbanding 1.07 yang dicatatkan kelmarin.

Selain Putrajaya, kebanyakan negeri turut mencatatkan Rt melebihi purata kebangsaan. Perak mencatatkan nilai Rt 1.18, manakala Kuala Lumpur (1.16), Selangor (1.14) dan Pahang 1.10).

Negeri yang melepasi Rt 1.0 pula ialah Kedah (1.08), Sabah dan Pulau Pinang masing-masing 1.07, Melaka (1.06), Terengganu (1.04) dan Negeri Sembilan (1.02).

Empat negeri di bawah 1.0 ialah Labuan dan Sarawak masing-masing mencatatkan 0.86, Kelantan (0.90) serta Johor (0.96).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/837376/kes-covid-19-hampir-kembali-ke-tahap-tertinggi-seir

 

BACA JUGA : Kerajaan Selangor terus desak Kerajaan Pusat arah tutup kilang sepanjang PKPD