Lebih banyak PKS bakal gulung tikar, kata MEF

Oleh MHDAILY

Banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro tidak lagi mampu bertahan bawah perintah sekatan terbaharu dan “mempunyai aliran tunai sifar untuk menampung perniagaan”, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presidennya, Syed Hussain Syed Husman menegaskan walaupun baru memasuki minggu kedua pelaksanaan perintah sekatan penuh, syarikat ini sudah bergelut untuk bertahan. Perintah sekatan berkemungkinan dilanjutkan dua minggu lagi.

“MEF menerima maklum balas daripada majikan bahawa keadaan tidak dapat diselamatkan lagi. Bagi kebanyakan mereka, ini adalah mengenai kelangsungan hidup kerana tiada aliran tunai untuk memastikan operasi terus berjalan,” kata Syed Hussain.

Baca Artikel Penuh