Lebih banyak kawasan dikenakan PKPD bermula 22 Mei, ini senarainya…

Lebih banyak kawasan dikenakan PKPD bermula 22 Mei, ini senarainya…

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa mukim dan lokaliti di enam negeri melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak mulai 22 Mei hingga 4 Jun depan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD ini susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kawasan berkenaan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di 15 mukim dalam daerah Besut Terengganu yang melibatkan :

Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi,

Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar,

Kubang Bemban, Tenang, Hulu Besut.

“KKM mengesahkan sembilan daripada 17 kluster aktif di Terengganu melibatkan daerah Besut yang telah menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengenai pelaksanaan PKPD di Pahang, Ismail Sabri berkata ia melibatkan Rumah Banjir Kuala Teh di Jerantut dan KKM hari ini turut melaporkan peningkatan kes secara mendadak di lokaliti berkenaan.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/575427