Lebih 700 ribu warga emas belum dapat vaksin

Lebih 700 ribu warga emas belum dapat vaksin

Sejumlah 729,343 atau kira-kira 25.6 peratus warga emas yang mendaftar untuk Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick) masih belum menerima walau satu dos suntikan vaksin.

Menurut Menteri Penyelaras Pick Khairy Jamaluddin, sejumlah 2.12 juta daripada 2.85 juta warga emas yang mendaftar di bawah fasa itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Data tersebut dinyatakan ketika sidang media mingguan perkembangan Pick hari ini.

Turut dimaklumkan adalah tujuh negeri dan wilayah persekutuan akan memulakan fasa ketiga program itu, yang melibatkan individu berusia 18 hingga 59 tahun.

Menurut Khairy, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang, Selangor dan Sarawak telah memasuki fasa ketika memandangkan sekurang-kurangnya 80 peratus daripada penerima Fasa 1 dan 2 telah mendapat temu janji mereka.

Selain warga emas, Fasa 2 Pick turut melibatkan orang kelainan upaya (OKU) dan yang mengidap penyakit kritikal.

Warga emas 120 tahun terima suntikan vaksin

Pada 24 Jun lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkat, kira-kira 19,000 daripada 28,000 (OKU) yang mendaftar untuk vaksinasi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Data terkini masih belum diperolehi.

Pejabat Khairy berkata pihaknya akan memberikan data berkenaan bilangan individu OKU dan mengidap penyakit kritikal yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos tidak lama lagi.

Sejumlah 5.36 juta orang berdaftar di bawah Fasa 2 Pick, manakala seramai 11.38 juta berdaftar di bawah Fasa 3.

Pada 23 Jun lalu, Khairy berkata warga emas yang belum menerima tarikh temu janji akan menerimanya dalam tempoh satu atau dua minggu.

Risiko lebih tinggi buat warga emas

Majoriti mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia adalah warga emas dan mereka yang mengidap penyakit kritikal.

Semalam, 64 daripada 107 kes kematian melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas, manakala 43 kes lagi melibatkan individu berusia antara 30 hingga 59 tahun.

Kajian menunjukkan usia adalah antara faktor utama risiko kematian akibat wabak ini.

Satu kajian mendapati risiko kematian berkurang kepada separuh bagi setiap perbezaan usia enam hingga tujuh tahun.

Ini bermakna individu berusia 80 tahun yang sudah divaksin berdepan risiko kematian akibat Covid-19 yang sama dengan individu berusia kira-kira 50 tahun yang belum menerima vaksin.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/581132

BACA JUGA : Terkini !!! Agong titah sidang parlimen sebelum 1 Ogos – Speaker