Lebih 2 minggu berkahwin, Heliza Helmi kata bakal dapat satu lagi kejutan

Lebih 2 minggu berkahwin, Heliza Helmi kata bakal dapat satu lagi kejutan.Hampir 21 hari mendirikan rumah tangga, kisah perkahwinan ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza masih lagi menjadi bualan ramai.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Mahadi mendedahkan majlis resepsi yang diadakan di The Light Hotel, Penang adalah hadiah daripada sahabat baiknya, Dato’ Haji Mohamed Aswan.

Katanya lagi, dia mengakui terkejut apabila menerima hadiah tidak disangka itu serta bersyukur dapat menyantuni ahli keluarga, para guru, sahabat dan anak yatim yang turut memeriahkan majlis itu.

Bukan itu sahaja, isterinya juga turut menerima hadiah sebuah majlis resepsi tajaan sahabat baik, Mila Jirin daripada Bizmilla Wedding Centre yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Perkongsian Mahadi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta menyifatkan ianya rezeki berkahwin serta mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia.

MasyaAllah tabarakAllah… 2 minggu lalu bila sahabat saya Dato @d1.aswan cakap dia nak beri hadiah perkahwinan, ingatkan nak bagi apa ka ghupanya nak hadiahkan ‘Majlis Resepsi’ untuk kami di The Light Hotel, Penang.. Terkezut juga dengan cara orang beri hadiah ni.

Lebih 2 minggu berkahwin, Heliza Helmi kata bakal dapat satu lagi kejutan. gosip artis artis malaysia gosip artis malaysia heliza helmi kahwin ustaz ebit lew ustaz budak ustaz wadi anuar berita harian berita terkini bharian media hiburan

Apa pun Jazakumullah Khayran Katsiran untuk sahabat saya ni, semoga Allah mengembalikan rezeki padanya dengan lebih lagi. Asbab majlis boleh menyantuni keluarga2, guru2 dan sahabat2 juga menyantuni anak yatim bersama sama dalam majlis di sekitar utagha..

Wifey pun dapat hadiah dari @mila_jirin hari Sabtu ni berupa ‘majlis resepsi’ juga di Grand @bizmilla_wedding_centre.. MasyaAllah..

Doakan kami dan kita semua supaya sentiasa berada di dalam rahmat dan redha Allah sentiasa, may Allah grant us Jannatul Firdaus InsyaAllah

Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 1 Januari 2022 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Pada majlis pernikahan itu, Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

BACA JUGA : Buaya dilayan seperti manusia kerana dipercayai kembar seseorang
[Video] Kehadiran harimau seperti cuba halang aktiviti penerokaan hutan
Abang Ali Semboyan meninggal dunia – Yusuf Azmi