Laporan polis terhadap Caprice isu Ebit Lew?, Ini penjelasan JSJ

Oleh MHDAILY

Laporan polis terhadap Caprice isu Ebit Lew?, Ini penjelasan JSJ. Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung penyanyi rap, Ariz Ramli atau dikenali sebagai Caprice yang didakwa mempersoalkan tindakan Ustaz Ebit Lew dalam misi kemanusiaan di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, tiada kertas siasatan dibuka setakat ini.

“Beberapa hari ini media sosial dikesan hangat memperkatakan mengenai tindakan seorang penyanyi rap, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli yang mempersoalkan tindakan Ustaz Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

 polis

“Setakat ini didapati tiada laporan diterima dan tiada kertas siasatan dibuka mengenai perkara ini,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Walau bagaimanapun, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebar atau membuat kenyataan berbaur fitnah sehingga mengaibkan seseorang.

Jika dikesan jelasnya, tindakan tegas boleh diambil d ibawah Seksyen 500,Seksyen 504, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan dan Seksyen 233(3) Akta Komunikasi Dan Multimedia Malaysia 1998.

Baru-baru ini, Caprice dilihat lantang menyuarakan pandangan berkenaan tindakan pendakwah bebas itu ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza.

Dakwanya, tindakan Ebit Lew memberi patung mainan kepada seorang kanak-kanak di Gaza dengan memaparkan gambar kanak-kanak tersebut menyebabkan rasa kurang senang penduduk di kawasan itu.

Isu itu tular di laman sosial dan mendapat perhatian netizen.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-ebit-lew-tiada-laporan-polis-terhadap-caprice-pengarah-jsj-309207

Jika Terlepas: “Nak saya cucuk awak ke?” Gurauan lucah anggota keselamatan bawa padah