Laporan dedah Malaysia negara ke-4 dalam senarai polis paling rasuah

Laporan dedah Malaysia negara ke 4 dalam senarai polis paling rasuah

Laporan dedah Malaysia negara ke-4 dalam senarai polis paling rasuah. Sesebuah negara itu hancur dan tidak stabil apabila wujudnya sebuah sistem yang tidak adil dan berakarkan dengan rasuah.

Terbaharu, melalui perkongsian sebuah laman Facebook Southeast Asia Stats, Malaysia nampaknya berada di tangga ke empat dalam senarai polis paling rasuah di Asia Tenggara dengan markah 7.11.

Berada di tangga pertama adalah Indonesia dengan skor sebanyak 7.56, diikuti oleh Thailand, Filipina dan Malaysia. Jiran kita, Singapura pula berada di tangga ke 7 dalam senarai Asia Tenggara.

Difahamkan bahawa senarai ini dikeluarkan oleh IndexMundi, sebuah laman yang mengumpulkan data dan fakta sebagai rujukan orang ramai.

Bagaimanapun, senarai ini turut dipersoalkan kebenarannya kerana tidak memasukkan Brunei, Laos, Myanmar dan Timor Leste di dalam senarai polis paling rasuah di Asia Tenggara.

Laporan dedah Malaysia negara ke-4 dalam senarai polis paling rasuah

Tambahan pula, pada 2017, Forbes telah menyenaraikan Myanmar sebagai negara kelima dalam senarai pegawai polis paling rasuah di Asia.

“Walaupun adanya Undang-undang Pencegahan Rasuah 2013, kira-kira separuh daripada responden percaya bahawa kebanyakan atau semua polis korup, dan 40% percaya badan kehakiman juga korup.”

Melalui senarai ini, terdapat reaksi pelbagai oleh pengguna netizen. Ada yang mempersoalkan adakah senarai ini benar, manakala sebahagian lagi mengucapkan tahniah kepada negara mereka.

BACA:

Botol deodoran termasuk dalam punggung, doktor mengeluh tengok

“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”

Suka hati potong barisan, kereta Exco Johor kena saman

CATEGORIES