Laporan dedah ‘kesilapan manusia’ punca kontrak reka bentuk LCS mahal

Laporan dedah ‘kesilapan manusia’ punca kontrak reka bentuk LCS mahal

Laporan dedah ‘kesilapan manusia’ punca kontrak reka bentuk LCS mahal. Laporan Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) mendedahkan “kesilapan manusia” mengakibatkan kontrak reka bentuk yang mahal dianugerahkan kepada syarikat DCNS sebagai sub-kontraktor dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) yang dikatakan bermasalah.

Merujuk kepada “kesilapan manusia” terbabit sebagai “siri kesilapan tidak masuk akal”, laporan audit forensik yang dinyahklasifikasikan itu menyatakan, antara kesilapan dilakukan termasuk pelantikan Anuar Murad sebagai pengarah LCS.

Laporan itu mendapati, Anuar sebagai pemegang jawatan berkenaan tidak mempunyai kepakaran yang cukup dalam mereka bentuk kapal perang, kos berkaitan dan risikonya.

Ini telah menyumbang kepada kontrak awal yang “lemah dan tidak jelas” diberikan kepada DCNS untuk reka bentuk, kejuruteraan dan sokongan projek LCS.

“Rundingan kontrak reka bentuk dengan DCNS sangat lemah dan tidak masuk akal,” kata laporan itu.

Laporan dedah 'kesilapan manusia' punca kontrak reka bentuk LCS mahal

Laporan itu menyatakan, pada Mac 2012, syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah mengeluarkan surat penganugerahan (LOA) kepada DCNS untuk penyediaan reka bentuk kapal Gowind serta perkhidmatan sokongan berjumlah 58.9 juta Euro berdasarkan penilaian oleh Anuar dan pasukannya.

Bagaimanapun sembilan bulan kemudian pada Disember tahun itu, LOA berkenaan dipinda bagi menaikkan nilai kontrak kepada 62.8 juta Euro dengan skop dan perjanjian yang berubah sama sekali.

Laporan itu turut mendapati, atas syor Anuar dan kemudiannya pengarah urusan BNS Ahmad Ramli Mohd Nor, pembayaran telah dibuat kepada DCNS tanpa pencapaian projek atau penyerahan dibuat.

Tambah laporan itu, pasukan perolehan projek itu juga telah terpesong kerana maklumat kurang jelas diberikan DCNS ketika mesyuarat dijalankan.

Ini, kata laporan itu, telah menyebabkan banyak pesanan variasi yang berjumlah 67 juta Euro dibuat.

DCNS yang kini dikenali sebagai Naval Group, adalah sub-kontraktor untuk projek LCS yang ditugaskan untuk membantu BNS bagi pembinaan enam kapal tentera laut.

Semalam, laporan audit forensik dalaman BHIC mengenai LCS kini telah dinyahklasifikasi dan boleh diakses oleh orang awam.

BACA:

Tular video gadis seksi buat aksi ghairah semasa sambutan patriotik

Peguam Najib beri bukti Tengku Maimun berat sebelah

Netizen tanya Aina Abdul, ‘baju ke plastik sampah tu?’

CATEGORIES