Lapangan Terbang Kulim : MB kata Putrajaya luluskan, Menteri kata hanya kebenaran merancang

Rancangan membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) ketika ini hanya diberikan kelulusan di peringkat merancang, kata Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong.

Katanya, keputusan akhir untuk meneruskan projek itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT) selepas meneliti setiap perancangan serta kajian.

“Kalau tak salah saya, pada 13 Ogos tahun lalu, semasa saya menghadiri mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) di bawah pelan Malaysia, perkara ini dibangkitkan, mereka minta supaya KXP diluluskan dan ini salah satu agenda dibincangkan ketika itu.

Lapangan Terbang Kulim : MB kata Putrajaya luluskan, Menteri kata hanya kebenaran merancang

Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan masih menunggu perancangan daripada pasukan pakar berhubung pembangunan Lapangan Terbang Kulim untuk dipertimbangkan dari semua sudut.

“Tapi setelah menerima pandangan semua agensi, mesyuarat tersebut hanya membenarkan mereka merancang, bermaksud masih tertakluk kepada keputusan akhir Kementerian Pengangkutan.

“Dalam konteks ini, kalau nak luluskan sebuah lapangan terbang, ia kena melalui beberapa proses termasuk perancangan fizikal negara. Jadi kita masih tunggu perancangan daripada pasukan pakar berhubung KXP ini untuk meyakinkan kita, kena pertimbang semua sudut,” katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Loke Siew Fook (PH-Seremban) yang ingin tahu status pembinaan KXP kerana berdasarkan maklumat diterimanya, ia belum diluluskan oleh MOT.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini memaklumkan Putrajaya meluluskan pembinaan KXP selepas kajian mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung pertambahan penumpang pada masa depan.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/05/lapangan-terbang-kulim-hanya-diberi-kelulusan-merancang-kata-wee/

BACA JUGA : Tular video wanita terjun ‘MyVi’, akhirnya pemandu dedah kisah sebenar

COMMENTS

Wordpress (0)