Langgar SOP bukan jenayah, Menteri tak perlu letak jawatan – Ismail Sabri

Oleh MHDAILY

Langgar SOP bukan jenayah, Menteri tak perlu letak jawatan .Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak ada keperluan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana dikompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

Perdana Menteri berkata melanggar SOP bukan kesalahan jenayah serta tidak ada kena mengena dengan jenayah.

“KKM telah keluarkan kompaun dan kalau sesiapa kena kompaun letak jawatan, saya rasa tiada orang boleh bekerja,” kata Perdana Menteri yang tidak menafikan SOP penting untuk dipatuhi.

Baca Artikel Penuh