Langgar jalan berlubang, warga emas maut

Lelaki warga emas maut selepas terjatuh apabila motosikal ditunggang melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini, hari ini.

Mangsa, Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, polis menerima laporan pada 7.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley terbabas sendiri.

“Mangsa melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh dan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/659695/warga-emas-maut-langgar-jalan-berlubang