Lagenda bola sepak negara hembuskan nafas terakhir

Bekas pemain Harimau Malaya, Khalid Ali, telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), baru-baru ini.

Perkembangan tersebut diumumkan oleh laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Khalid Ali.

Khalid Ali pernah memakai jersi pasukan kebangsaan dari tahun 1977 hingga 1985, mencatat pencapaian terbaiknya dengan membantu pasukan Harimau Malaya layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia.

Sebelum ini, Khalid Ali telah disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat, dan beliau mendapat perhatian daripada pelbagai pihak yang memberikan sumbangan bagi meringankan bebanannya.

Berita pemergian Khalid Ali juga menyedihkan ramai peminat bola sepak tempatan di media sosial.

Khalid Ali merupakan seorang legenda dalam pasukan negara yang sentiasa memberi komen dan kritikan terutamanya berkaitan dengan prestasi pasukan Harimau Malaya.

Baca Artikel Penuh