KWSP : Rakyat kini boleh beli insurans guna Akaun 2

KWSP : Rakyat kini boleh beli insurans guna Akaun 2. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk membolehkan ahli membeli produk insurans dan takaful menggunakan Akaun 2.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, platform yang diperkenalkan KWSP itu dapat membantu ahli mendapatkan perlindungan bagi menghadapi situasi yang tidak diduga dan di luar kawalan.

Menurutnya, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan dan tidak akan membebankan ahli menerusi syarikat insurans dan pengendali takaful yang disediakan dalam platform KWSP.

“Ini merupakan satu titik tolak yang penting bagi melindungi rakyat Malaysia serta keluarga masing-masing daripada risiko kematian, kehilangan upaya secara menyeluruh dan penyakit kronik.

“Pelan tersebut dapat menggantikan pendapatan atau menyediakan simpanan tambahan sekiranya ahli menghadapi sebarang musibah. Paling penting, perlindungan ini boleh diperoleh dengan sumbangan premium berjumlah beberapa ringgit sebulan menerusi syarikat insurans dan pengendali takaful dalam platform KWSP,” katanya ketika berucap di majlis perasmian i-Lindung, pada Selasa.

KWSP : Rakyat kini boleh beli insurans guna Akaun 2

Baca Artikel Penuh