KWSP kini boleh dicarum oleh ahli GoGetters

Oleh MHDAILY

KWSP kini boleh dicarum oleh ahli GoGetters. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama GoGet Malaysia (GoGet), platform kerja atas permintaan, untuk melindungi kewangan dan menyediakan komuniti pekerja gig, yang dirujuk sebagai ‘GoGetters’, untuk alam persaraan.

GoGet akan menjadi yang pertama di Malaysia memasukkan ciri caruman KWSP dalam platform GoGet yang bersepadu dan boleh disesuaikan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan GoGetters menyumbang kepada simpanan persaraan mereka melalui program caruman sukarela KWSP seperti i-Saraan dan caruman sendiri.

Baca Artikel Penuh