Kutip kotak dengan anak sampai malam demi sesuap rezeki

Oleh MHDAILY

Kutip kotak dengan anak kecil sampai malam demi sesuap rezeki. Sedih dan pilu, tatkala ramai yang sudah berkurung dirumah selepas pukul 8 malam, namun masih ada insan yang sedang bergelut mencari rezeki untuk keesokan harinya.

Begitulah kisah menyayati hati telah dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Firdaus Legacy yang terserempak dengan seorang bapa bersama anaknya sedang mengutip kotak di tong sampah kira-kira pukul 8 malam.

Menurut Firdaus, kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak pembuangan sampah di Jitra, Kedah dan walaupun tong sampah itu berbau busuk, namun kedua-dua mereka tabah mencari kotak untuk menyara ahli keluarga yang lain.

Baca Artikel Penuh