Kucing terbesar di dunia, ramai ingatkan itu anjing

Kucing terbesar di dunia, ramai ingatkan itu anjing.SEORANG wanita, Yulia Minina, memiliki seekor kucing gergasi bersaiz harimau kumbang dewasa bernama Kefir.

Tinggal di bandar kecil Stary Oskol di Rusia, dia membeli anak kucing baka Maine Coon itu, dua tahun lalu.

Dan kini dia mengatakan bahawa kebanyakan orang berfikir bahawa kucing putih gergasinya sering dianggap sebagai seekor anjing.

Ukuran panjang sebenar kucing berkenaan tidak diketahui, tetapi jelas daripada imej bahawa ia lebih panjang daripada seekor kucing rumah biasa anda.

“Saya tidak dapat menyangka anak kucing boleh menjadi begitu besar.

Kucing terbesar di dunia, ramai ingatkan itu anjing

“Ia bukan sahaja membesar dari segi rupa, ia juga sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang.

“Kefir mempunyai penampilan yang menggerunkan, tetapi ia seekor anak kucing yang sangat penyayang dan sederhana,” kata Minina.

BACA JUGA : PRN Johor : Pas beri bayangan bakal kerjasama dengan Umno
Ini teknik betul jumper kereta, jangan salah buat nanti makin rosak
Bengang rakan sendiri dikecam, Dr Hannan dedah perangai sebenar Fizo Omar