Krisis ubat habis, 11,000 klinik dan farmasi di Malaysia berisiko gulung tikar

Krisis ubat habis, 11,000 klinik dan farmasi di Malaysia berisiko gulung tikar. Kira-kira 11,000 klinik swasta dan farmasi komuniti berisiko menutup operasi perniagaan sekiranya masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan asas sejak awal tahun ini yang semakin meruncing terus berlarutan tanpa ada penyelesaian.

Kekurangan bekalan seperti paracetamol, batuk dan selesema sehingga 30 peratus merencatkan operasi dan sehingga kini tidak nampak perkara itu diambil peduli walaupun pengendali klinik swasta dan farmasi komuniti telah menyuarakannya.

Katanya, pelbagai alasan diberikan antaranya permintaan ubat melebihi penawaran dan kekurangan bahan baku pembuatan ubat ekoran sekatan pergerakan di Shanghai, China ekoran penularan pandemik Covid-19.

“kebiasaannya setiap hari antara 30 hingga 50 pesakit diterima klinik swasta dan ada mencegah 80 orang bergantung lokasi serta kepakaran doktor”.

“Majoriti pesakit diberikan ubat keperluan asas yang sangat berkurangan ketika ini. Kita berada dalam keadaan cukup tenat”.

Krisis ubat habis, 11,000 klinik dan farmasi di Malaysia berisiko gulung tikar

“Cuba bayangkan seorang pesakit itu mengalami batuk tanpa henti, selsema dan demam yang teruk serta hidung tersumbat. Apabila ke klinik, ubat diperlukan tiada, cuba fikir apa perasaan pesakit tersebut,” katanya di sini semalam.

Baca Artikel Penuh