KPDNHEP akui harga ayam naik hingga RM10 sekilogram

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu mengesahkan berlaku kenaikan harga ayam segar sehingga RM10 sekilogram di negeri tersebut sejak awal bulan ini.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemantauan di 46 premis perniagaan merangkumi pasar basah, pasar raya besar dan kedai runcit di seluruh negeri ini mendapati harga ayam segar dijual antara RM6.90 sehingga RM10 sekilogram.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenaikan harga itu didakwa disebabkan kekurangan bekalan dan kenaikan harga dedak ayam sejak kebelakangan ini.

KPDNHEP akui harga ayam naik hingga RM10 sekilogram

“Peruncit mendakwa kenaikan itu berlaku pada peringkat pembekal dan pemborong lagi sehingga mereka tidak pilihan selain meningkatkan harga ayam segar di pasaran.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut akan diadakan di semua peringkat rantaian pembekalan bagi memastikan punca sebenar kenaikan harga ayam segar terbabit,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk melakukan tindakan perundangan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 sekiranya lonjakan harga ayam itu berlaku atas sebab tidak munasabah.

Kosmo! hari ini melaporkan harga ayam segar di pasar-pasar awam di seluruh negara mencatat kenaikan ketara sehingga mencecah RM10 sekilogram sejak minggu lalu.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/07/kpdnhep-terengganu-sahkan-harga-ayam-rm10-sekilogram/

BACA JUGA : Panas !!! Kawal agama bukan Islam : Menteri sanggah pengumuman Timb Menteri Pas

Artikel ini disiarkan pada 08/09/2021