Kos filem RM1.05 juta, dapat bantuan dana RM550 ribu tapi hanya berjaya kumpul RM5,000 je kutipan tiket undang perhatian netizen
Meskipun industri perfileman kita boleh dikatakan agak kecil,
Namun saban tahun pasti ada filem-filem menarik yang ditayangkan di pawagam dan berjaya mendapat jumlah kutipan pecah panggung.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini, tular sebuah filem yang menjadi perbincangan hangat netizen apabila didakwa ia mendapat suntikan dana daripada Finas namun mendapat jumlah kutipan tiket yang kurang memberangsangkan.
Menurut Utusan Online, filem arahan AR Badul, Vik2ria Secret yang menelan belanja keseluruhan RM1.05 juta itu telah menerima Dana Kandungan Digital berjumlah RM550,000.
Pun begitu, agak mengecewakan apabila filem berkenaan hanya sekadar meraih kutipan tiket sebanyak RM5,058.90 dengan jumlah penonton di pawagam sekitar 346 orang selepas dua minggu ditayangkan.
“Bayangkan bagi Sofyank RM500k”
#Vik2RiaSecret selesai tayang 2 minggu di pawagam Malaysia.
Kutipan jualan tiket: RM5,058.90
Jumlah penonton: 346Kos pembikinan: RM1.05 juta
Dana diterima daripada Finas: RM550,000 pic.twitter.com/hD3bjoTTjN— FILEMKITA (@FilemKita) July 14, 2023
BACA: “Aku masih bujang lagi, pelik perut tiba-tiba keras, rupanya aku hamil 34 Minggu buat aku terkedu, aku terpaksa buat perjanjian dengan ‘Kakak’”
Meninjau ke ruangan komen di Twitter, ramai penonton mempersoalkan mutu dan hasil naskhah ini yang dianggap kurang memuaskan walaupun menerima bantuan dana daripada kerajaan.
Tak cukup dengan itu juga, ramai yang mengecam Finas apabila dianggap sambil lewa dalam menyaring penerima dana yang mana sepatutnya diberikan kepada mereka yang lebih berhak.
Dalam pada itu, pihak Finas katanya enggan memberi sebarang komen berkenaan kutipan mengecewakan filem tersebut.
Buat masa ini Finas tiada apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut.
“Sedang dalam tindakan kami,” kata Rozita Waty Ridzuan, Pemangku Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), ketika dihubungi.
Filem Vik2ria Secret atau tajuk asalnya Bra Merah ini menceritakan mengenai Viki, seorang anak yatim piatu yang menuju ke Kampung Honi dengan penuh gembira, namun diuji dengan dugaan. Dia bertemu dengan Ria dan mereka menjadi rakan karib, sekaligus membuka butik pakaian dalam wanita yang diberi nama “Vik2ria Secret”.
Filem ini telah pun ditayangkan di pawagam bermula 15 Jun lalu.
BACA: