Konvoi VIP kena hon bertalu-talu dengan geng motosikal, “Inilah punca jem”

Konvoi VIP kena hon bertalu talu dengan geng motosikal Inilah punca jem

Konvoi VIP kena hon bertalu-talu dengan geng motosikal, “Inilah punca jem”.
Tular di media sosial satu video memaparkan suasana kecoh berlaku di sebuah persimpangan jalan yang sedang dilalui beberapa buah kenderaan VIP.

Menerusi video yang tular, dapat dilihat sekumpulan penunggang motosikal berhenti beramai-ramai oleh sepasukan polis pengiring untuk memberi laluan kepada kenderaan konvoi yang bakal tiba.

Dapat dilihat keadaan jalan bertukar menjadi semakin sesak apabila banyak kenderaan terpaksa berhenti dan menunggu sehingga kenderaan VIP tiba.

Mereka kemudian membunyikan hon masing-masing ketika ketibaan konvoi VIP tersebut.

“Wow ada VIP kena hon orang ramai sebab buat orang jem, jalan kena tutup kejap nak bagi dia lalu,” ciap pengguna Twitter yang menggunakan akaun @datukhensem.

Konvoi VIP kena hon bertalu-talu dengan geng motosikal, "Inilah punca jem"

Menjengah ke ruangan komen ada yang menyindir mengatakan individu di dalam kereta VIP tersebut pasti terasa seperti dialu-alukan kerana bunyi hon yang bertalu-talu.

Mereka juga tertanya mengapa pihak VIP tidak boleh menguruskan masanya seperti rakyat yang lain.

“Pernah kena juga dekat Penang. Ada 2 orang escort, kita nak balik rumah penat, 12 kilometer ulang alik, boleh pula polis escort ni mai tolak tepi bagi laluan dekat depa. Hal penting sangat keluar lah awai. Sebelum ni tengok dekat phone saja, bila jadi depan-depan fuh angin juga mulut ni,” tulis pengguna lain.

BACA:

Minyak masak dijangka naik 40 peratus lagi selepas 1 Julai

Pemain terbaru JDT rupanya anak Raja

Neelofa dedah rahsia mudah tidurkan Bilal, siap bagi teknik

 

CATEGORIES