Kongsi gambar lucah kanak-kanak, lelaki direman

Kongsi gambar lucah kanak-kanak. Tempoh tahanan reman seorang lelaki berusia 19 tahun yang membuat perkongsian pornografi kanak-kanak yang ditahan Rabu lalu dilanjutkan tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang ditahan direman empat hari sejak Khamis lalu itu disambung hingga Rabu ini bagi membantu siasatan, menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, suspek ditahan di sebuah rumah di Semenyih pada 16 Jun lalu pada jam 6 petang manakala telefon bimbit miliknya dirampas.

Telefon itu dikatakan mengandungi gambar dan video untuk tujuan mempromosikan kegiatan tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Berita Penuh :https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/21/reman-lelaki-pedofil-dilanjut-3-hari/