Kluster tempat kerja terus dominasi kes positif Covid-19

Kluster tempat kerja terus dominasi kes positif Covid-19

Kluster tempat kerja terus dominasi kes positif Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 19 kluster baharu yang dilaporkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Sarawak, Kedah, Pahang dan Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 19 kluster dikenal pasti, 16 adalah kluster tempat kerja, manakala dua lagi kluster membabitkan komuniti dan satu kluster berkaitan pusat tahanan.

Katanya, sebanyak 2,901 kluster dilaporkan dengan 2,030 kluster dilaporkan tamat serta 871 kluster masih aktif, setakat hari ini.

Menurutnya, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Industri Seri Kembangan dilaporkan di Petaling, Selangor, dengan 144 kes dikesan positif.

“Selain itu, Kluster Jalan Haji Taha yang dilaporkan di Kuching, Asajaya, Bau, Samarahan dan Serian, Sarawak, dengan 121 kes dikesan positif.

“Sementara Kluster Industri Sungai Sembrong dilaporkan di Kluang, Johor, dengan 68 kes dikesan positif.

“Kluster keempat dikenal pasti adalah Kluster Industri Taming Jaya yang dilaporkan di Hulu Langat dan Petaling, Selangor, dengan 52 kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kluster lain adalah Kluster Jalan Sri Raya yang dilaporkan di Melaka Tengah, Melaka, dengan 51 kes dikesan positif.

kluster tempat kerja

Selain itu, katanya, Kluster Industri Jalan Tech Valley Satu yang dilaporkan di Seremban, Negeri Sembilan, dengan 40 kes dikesan positif.

“Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Harmonium Tebrau yang dilaporkan di Johor Bahru, Johor, dengan 19 kes dikesan positif.

“Kluster lain adalah Kluster Lingkaran Syed Putra yang dilaporkan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, dengan 16 kes dikesan positif,” katanya.

Beliau berkata, kluster kesembilan dikenal pasti adalah Kluster Jalan Songsang yang dilaporkan di Termerloh, Pahang, dengan 15 kes dikesan positif dalam kluster berkenaan.

“Kluster lain adalah Kluster Industri Jalan Murni 12 yang dilaporkan di Kulai, Johor, dengan 14 kes dikesan positif.

“Kluster ke-11 dikenal pasti adalah Kluster Zone B Selatan yang dilaporkan di Sepang, Petaling, Hulu Langat dan Klang, Selangor, dengan 14 kes dikesan positif.

“Satu lagi adalah Kluster Industri Jalan Sultan yang dilaporkan di Klang, Selangor, dengan 13 kes dikesan positif,” katanya.

Menurutnya, kluster ke-13 yang dikenal pasti adalah Kluster Perindustrian Bakri Tiga yang dilaporkan di Muar, Johor, dengan 12 kes dikesan positif.

“Kluster ke-14 adalah Kluster Nusa Perintis Enam yang dilaporkan di Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian, Johor, dengan 11 kes dikesan positif.

“Selain itu, Kluster Lorong Perusahaan Empat yang dilaporkan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, dengan sembilan kes dikesan positif.

“Satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Jalan Nagasari Satu yang dilaporkan di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, dengan enam kes dikesan positif,” katanya.

Katanya, Kluster Dah Mata Ayer yang dilaporkan di Langkawi, Kedah, dengan 25 kes dikesan positif, manakala Kluster Kampung Jaya Setia Badang yang dilaporkan di Kota Bahru, Kelantan, dengan 13 kes dikesan positif.

“Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Pagar Tebedu yang dilaporkan di Tebedu dan Serian, Sarawak, dengan 29 kes dikesan positif,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/726040/kluster-tempat-kerja-masih-dominasi

BACA JUGA : Terkini !!! Pejabat PM sahkan Muhyiddin masih dirawat di hospital