Kluster pusat hiburan dominasi kes di Singapura

Oleh MHDAILY

Kluster pusat hiburan dominasi kes di Singapura. Lebih banyak kes Covid-19 dikaitkan dengan kluster pusat hiburan dijangka muncul dalam beberapa hari mendatang, kata Menteri Kesihatan Ong Ye Kung dengan kluster itu kini antara yang terbesar di Singapura.

Namun, Ong yang menyifatkan keadaan itu sebagai merisaukan dan mengecewakan berkata, kelonggaran langkah diperketat sejak Isnin lalu antara lain membolehkan sehingga lima orang duduk makan semeja di tempat makan, tidak akan ditarik balik.

Ini kerana Singapura kini dalam kedudukan lebih berdaya tahan disebabkan kadar vaksinasi yang tinggi, dengan lebih 70 peratus penduduk sudah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, manakala lebih 40 peratus pula selesai mendapatkan dos kedua mereka.

Baca Artikel Penuh