‘Kluster Mahkamah’ ialah sekelompok binatang politik, kata pemimpin Bersatu

Oleh MHDAILY

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan “Kluster Mahkamah” sebagai binatang politik yang mempergunakan Ketuanan Melayu untuk kepentingan peribadi.

“Kluster Mahkamah ialah sekelompok binatang politik (biasanya berumur) yang sudah terlalu lama menjadi warlord dalam arena politik negara,” katanya.

“Mereka menjadikan wadah ‘Ketuanan Melayu’ sebagai tirai untuk melindungi ketamakkan serta kepentingan peribadi dan kelompok kecil lingkungan mereka sahaja, hampir seperti modus operandi kartel projek yang dibanteras oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.”

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Faiz tidak menamakan secara khusus pihak itu.

Bagaimanapun, Kluster Mahkamah biasanya merujuk kepada pemimpin Umno yang berdepan perbicaraan kes mahkamah selepas kejatuhan BN dalam pilihan raya umum lalu.

Kumpulan yang lantang mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini juga sering dituduh cenderung membentuk kerjasama politik dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/571282