Kluster Covid-19 : Hamzah salahkan kilang, Azmin kata bukan

Oleh MHDAILY

Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus bercanggah pendapat mengenai peningkatan kes Covid-19 apabila Hamzah Zainudin terus menyalahkan sektor perkilangan sebagai punca utama kluster wabak itu.

“Bila kita bincang dan tengok data saintifik kebanyakannya bermula dari kluster hostel pekerja, perkilangan dan perniagaan.

“Saya tak puas hati sebab angka nak turun bawah 5,000 tak dapat-dapat, jadi siapa yang salah? Kita kena buat sesuatu,” kata menteri dalam negeri itu pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan Pematuhan SOP PKP Covid-19 di Putrajaya.

Keluhan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali yang menyebut bahawa hanya 9.3% kes berpunca daripada kluster sektor pembuatan berbanding angka keseluruhan kes Covid-19.

Baca Artikel Penuh